Usahawan Berjaya TEKUN Nasional

Usahawan Berjaya TEKUN Nasional

AINIRFAN FOOD INDUSTRIES diiktiraf sebagai usahawan TEKUN Nasional dan pernah ditawarkan untuk menyertai Pameran Antarabangsa di China di bawah kelolaan TEKUN. TEKUN Nasional telah melahirkan sejumlah besar usahawan yang berjaya dengan bantuan pinjaman kewangan. Pelbagai skim telah diperuntukan untuk usahawan yang mula bertapak dalam arena perniagaan dan bersama bersaing secara sihat. Terkini menurut sumber Utusan Malaysia Online bertarikh 18 April 2022, Skim Pembiayaan Informal (Spin) di bawah Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) Nasional berjumlah RM200 juta diagihkan kepada 31,000 penerima di seluruh negara tahun ini.

Bagaimana Untuk Menjadi Usahawan Berjaya TEKUN Nasional?

Caranya adlaah mudah sahaja. Anda perlu menghubungi pegawai TEKUN di cawangan terdekat anda. Banyak bertanya tentang skim yang wujud serta minta khidmat nasihat mereka bagaimana untuk memajukan perniagaan anda. TEKUN Nasional banyak memberi kursus-kursus yang bermanfaat untuk para usahawannya. Maka jangan ketinggalan dan usahawan perlu mengambil peluang keemasan ini. Kebanyakkan kursus yang dianjurkan TEKUN Nasional adalah secara percuma. Walaupun dianjurkan secara percuma namun penceramah yang dijemput adalah terdiri daripada mereka yang berkelayakan serta profesional. Ada banyak skim yang ditawarkan oleh TEKUN Nasional dan salah satu skim yang menarik adalah skim SPIN.

Apakah itu SPIN?

Skim terbabit ditawarkan kepada usahawan informal, iaitu kumpulan yang menjalankan perniagaan secara dalam talian tetapi tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT). Syarat kelayakan:

  • Warganegara Malaysia;
  • Bumiputera dan Masyarakat India;
  • Berusia 18- 65 tahun (tidak berusia melibihi 65 tahun);
  • Terlibat secara langsung atau separuh masa dalam perniagaan yang dijalankan;
  • Dokumen yang mengesahkan menjalankan perniagaan dari Penghulu/Ketua Kampung/Pengerusi JKKK/Ketua Kaum (Sabah & Sarawak) ATAU kupon/permit perniagaan oleh Jawankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu;
  • Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus atau secara bergerak; dan
  • Bebas daripada tindakan kebankrapan.

Sekalung tahniah kepada Usahawan Berjaya TEKUN Nasional, AINIRFAN FOOD INDUSTRIES yang dahulunya bermula secara kecil kecilan, namun kini mampu membina empayar perniagaan dengan mengeluarkan produk pes makanan Bumiputera atas jenama sendiri. Produk keluaran AINIRFAN FOOD INDUSTRIES setanding dengan jenama yang berada di pasaran kini. Terima Kasih dan Selamat Maju Jaya diucapkan kerana menggunakan servis Miqdad Empire untuk menyempurnakan Profil Syarikat dan Rancangan Perniagaan anda.