Syarikat Anaqah Golden Resources telah mengambil inisiatif bagi menyiapkan Kertas Kerja bagi permohonan Geran Pembangunan Ekonomi Komuniti Setempat. Anaqah Golden Resources boleh dilihat sebagai satu-satunya syarikat tunggal bumiputera Muslim yang menjual air khatira yang mempunyai chiaseed, badam, kurma dan kismis secara meluas di Malaysia. Minuman penuh tenaga ini kebiasaannya hanya boleh didapati pada bulan Ramadan tetapi Anaqah mengambil pendekatan pemasaran yang jitu dengan memasarkannya sepanjang tahun. Syarikat ini juga merupakan pengedar tunggal bagi produk organik chiaseed yang diimport dari luar negara iaitu Mexico serta mempunyai rantaian pengedar sebagai ejen dan stokis seluruh Malaysia.
Hasrat murni Anaqah Golden Resources adalah ingin membantu lebih ramai ejen dan stokis menjana pendapatan sampingan bagi menampung kos kehidupan seharian serta membuktikan peniaga Muslim mampu bersaing secara sihat dengan peniaga non muslim. Di samping membantu para ibu tunggal dan para suri rumahtangga dalam menjana pendapatan sampingan walaupun hanya duduk di rumah.
Anaqah Golden Resources telah mendapatkan khidmat rundingan dan penyediaan kertas kerja daripada Miqdad Empire untuk mendapatkan geran Program Pembangunan Ekonomi Komuniti Setempat dari pihak Perbadanan Usahawan Johor (PUJB) bagi mengembangkan lagi perniagaan mereka dalam aktiviti produksi, jualan secara offline (luar talian) dan online (atas talian) bagi produk Air Khatira Chiaseed dan produk Natural berasaskan Chiaseed.
Apakah Itu Geran Pembangunan Komuniti Setempat?
Program ini dirangka bagi mengenal pasti projek – projek keusahawanan yang berasaskan komuniti yang berpotensi dan berdaya maju di Negeri Johor dan permohonan geran ini dibuka secara berkala dari masa ke semasa.
Jumlah Dana Geran Komuniti Setempat
Bantuan yang ditawarkan dalam bentuk geran yang bernilai sehingga RM15,000.00 yang merangkumi kos menaiktaraf infrastruktur, pembelian mesin dan peralatan yang berkaitan dengan projek.
Skop Bantuan
- Jumlah bantuan geran yang ditawarkan bernilai sehingga RM15,000.00 sahaja yang merangkumi kos menaiktaraf infrastruktur, pembelian mesin dan peralatan yang berkaitan dengan projek.
- Jumlah nilai yang diluluskan adalah tertakluk kepada Jawatankuasa Kelulusan menerusi program ini.
- Geran yang diberikan adalah dalam bentuk peralatan, mesin, atau infrastruktur sahaja.