Kertas Kerja Tujuan Geran

Kertas Kerja Tujuan Geran

kertas kerja bagi geran

Kertas kerja bagi tujuan geran adalah salah satu servis yang dijalankan oleh pihak MIQDAD EMPIRE. Kali ini pihak Dayang and Lilin telah meminta pihak kami untuk membantu mereka bagi tujuan tersebut. Geran adalah satu bentuk suntikan modal yang diberikan percuma kapada para usahawan di luar sana. Tiada istilah pembayaran semula jika anda telah diberi kemudahan geran oleh pihak pembiaya. Kertas kerja bagi tujuan geran perlu dibuat dengan sebaik mungkin supaya pihak yang memberi dana percaya akan potensi syarikat tersebut.

Apa Geran Perniagaan Yang Ada?

  • Tunas Usahawan Belia Bumiputra Programme (TUBE) – SME Corp Malaysia
  • Geran Pembangunan Inovasi Akar Umbi (MaGRIs) – Yayasan Inovasi Malaysia
  • Rural Business Challenge (RBC) – Kementerian Pembanguna Luar Bandar
  • Teraju SUPERB (Skim Usahawan Pemulaan Bumiputera)- Kementerian Hal Ehwal Ekonomi
  • Cradle Investment Programme Ignite (CIP Ignite) – Cradle Sdn Bhd

Apa Perbezaan Geran Perniagaan & Pinjaman Perniagaan?

Geran Perniagaan

  • Jumlah wang yang diberikan oleh kerajaan atau oleh entiti swasta untuk membiayai suatu sebab atau perniagaan.
  • Ia adalah bantuan ekonomi dari satu kerajaan ke satu sama lain atau projek yang akan memberi manfaat kepada orang ramai. 
  • Harus memenuhi syarat yang lebih ketat.
  • Terdapat banyak persaingan.
  • Tidak perlu dibayar balik, tetapi ia mempunyai banyak keperluan yang lebih ketat.

Pinjaman Perniagaan

  • Pinjaman adalah jumlah wang yang diberikan oleh institusi kewangan, seperti bank atau agensi kerajaan atau swasta, kepada perniagaan atau individu yang harus dibayar balik dalam tempoh tertentu dan menanggung bunga.
  • Walaupun ia juga mempunyai faedah, kadar faedah lebih rendah daripada jenis pinjaman lain (terutamanya pembiayaannya daripada agensi kerajaan).
  • Mudah diperolehi sekiranya perniagaan memang dijalankan dan mempunyai aliran tunai yang baik.

Potensi Kertas Kerja Tujuan Geran

Jika ditanya pandangan peribadi kami di MIQDAD EMPIRE berkenaan potensi syarikat Dayang and Lilin dalam peluang memperolehi geran, boleh kami katakan peluangnya adalah amat tinggi. Kekuatan yang pertama syarikat ini adalah lilin wangi yang dihasilkan adalah dibuat sendiri. Sementelah produk ini boleh diketengahkan sebagai salah satu produk bagi pelancongan. Ini kerana bahan yang digunakan adalah bahan tempatan serta selamat untuk digunakan. Ciri kedua yang membolehkan syarikat ini memperoleh geran adalah kerana perniagaan ini membuka peluang kepada orang ramai untuk mempelajari cara membuat lilin sendiri menggunakan soya dan ‘beeswax’. Ini seterusnya dapat membantu orang ramai bagi menjana ekonomi mereka sendiri. Syarikat Dayang and Lilin juga pernah bekerjasama dengan pelbaga pihak dalam mempromosikan perniagaan mereka. Ini menjadikan syarikat dilihat berkaliber dan mampu memanfaatkan dengan baik pemberian geran.