Kertas Kerja Bagi Koperasi

Kertas Kerja Bagi Koperasi

kertas kerja koperasi

Kertas kerja bagi koperasi adalah salah satu lagi dokumentasi yang kerap pihak kami siapkan untuk tujuan geran mahupun pembiayaan. KOPERASI WAWASAN DESA SUNGAI BIL SLIM RIVER BERHAD telah meminta bantu kami bagi menyiapkan Rancangan Perniagaan bagi koperasi mereka. Kerjasama yang telah diberikan mereka, memudahkan proses penulisan dokumentasi tersebut. Koperasi di Malaysia adalah di bawah pemantauan Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Suruhanjaya ini telah banyak membantu koperasi di Malaysia termasuk menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan. Antara perkhidmatan tersebut adalah seperti:

  • Khidmat Perundangan
  • Geran Bantuan Pembangunan
  • Pembiayaan Tabung Modal Pusingan (TMP-SKM)
  • Aduan & Maklumbalas

Ciri Kertas Kerja Bagi Koperasi

Jika ditanya pada kami apa bezanya dokumentasi Koperasi dengan Rancangan Perniagaan yang kebiasaanya adalah dari segi impak projek. Koperasi secara dasarnya adalah pertubuhan kumpulan manusia yang berautonomi yang mana anggotanya bersatu secara sukarela demi mencapai kepentingan bersama di bidang ekonomi, sosial dan budaya. Koperasi adalah suatu badan yang dimiliki bersama dan yang terkawal secara demokrasi. Bila menyebut impak projek ianya adalah berkaitan kebaikan projek kepada ahli koperasi dan menjadi bonus sekiranya turut juga memberi manfaat kepada masyarakat. Biasanya pihak koperasi mudah mendapat kelulusan pembiayaan mahupun geran asalkan mempunyai kertas kerja dengan perancangan jitu dalam mengetengahkan perniagaan yang ingin dijalankan.