Tips Meningkatkan Jualan Restoran

Tips Meningkatkan Jualan Restoran

Miqdad Empire pernah menerima tugasan daripada syarikat ROCKFIRE CAFÉ STEAMBOAT DAN GRILL untuk menyediakan kertas kerja. Apa yang dilakukan oleh syarikat ini sebenarnya sama dengan Tips Meningkatkan Jualan Restoran yang ingin kami kongsikan. Kami mendapati syarikat ini unik dan mempunyai kredibiliti yang tersendiri. ROCKFIRE CAFÉ STEAMBOAT DAN GRILL merupakan sebuah restoran yang beroperasi di Keningau, Sabah. Restoran ini menyediakan pelbagai jenis makanan dan minuman diantaranya Steamboat, Pizza, Makanan Korea & Jepun, Makanan Arab, Makanan Barat, Spaghetti, Sup, Nasi Goreng, Roti, Sizzling, Claypot, Makanan Bermasak, Burger, Makanan Sampingan, Kek, dan pelbagai jenis minuman. ROCKFIRE CAFÉ STEAMBOAT DAN GRILL berusaha gigih untuk terus ‘survive’ dalam dunia perniagaan ini. ROCKFIRE CAFÉ STEAMBOAT DAN GRILL telah mengharungi kegagalan sebelum syarikat ini gah sehingga kini. Berikut merupakan antara beberapa Tips Meningkatkan Jualan Restoran yang boleh diikuti untuk usahawan yang mahu menceburkan diri dalam dunia perniagaan Food & Beverages :-

Testimonial dan ‘Word of Mouth’

Cara konvensional ini masih relevan sehingga kini. Usahawan boleh menjemput para pempengaruh yang terkenal di media sosial kini dan sajikan mereka menu hidangan yang paling istimewa dalam senarai menu. Berikan layanan yang terbaik namun harus diingatkan  keenakkan dan porsi masakan haruslah berada pada tahap yang sama sekiranya mereka berkunjung semula ke restoran anda. Kualiti makanan perlu dijaga setiap masa.

Promosi melalui social networking

Usahawan perlu aktif dalam dunia rangkaian media sosial seperti platform Facebook, Tiktok. Twitter dan laman sesawang. Promosi di dalam media sosial penting untuk menampakkan keberadaan restoran anda dalam dunia perniagaan. Promosikan menu dan tawaran diskaun sekiranya ada dan jangan lupa sertakan alamat restoran, no.telefon dan website restoran bagi memudahkan pelanggan melihat menu mahupun review berkenaan restoran anda.

Loyalty Programs

Anda boleh memberikan point-point pada setiap pelanggan untuk setiap pembelian. Jika pelanggan sudah mencapai suatu point tertentu, anda boleh memberikan voucher atau diskaun khusus kepada pelanggan anda. Melalui cara ini mendorong individu untuk menjadi pelanggan setia restoran anda. Selain itu database pelanggan seperti alamat email dan no. telefon dapat disimpan bagi tujuan promosi.

Up-selling

Up-selling adalah suatu cara mempromosikan suatu produk semasa pelanggan sedang berinteraksi dengan pelayan. Pelayan restoran perlu dilatih untuk mempromosikan menu baru atau menu menu lain. Sikap ringan mulut ini perlu dipraktikkan namun ianya haruslah secara santai dan tidak membuatkan pelanggan terasa seperti dipaksa.

Servis Urus Acara

Menyediakan servis seperti menghias ruangan restoran untuk pelanggan bagi acara tertentu seperti majlis harijadi, ulang tahun perkahwinan dan lain lain mengikut budget pelanggan.

Bentang Banner

Memberi peruntukan untuk membuat banner promosi di tepi jalan dan tempat mudah dilihat orang ramai. Banner yang disediakan haruslah catchy dan mampu menarik pelangggan untuk menjamu selera di restoran anda. Jika anda mampu, gunakan khidmat Pereka Grafik Profesional kerana teknik ini mampu memberi pulangan yang besar kepada restoran anda.