Skim Pembiayaan TEKUN Niaga adalah satu lagi alternatif sumber kewangan bagi para usahawan. Tidak dinafikan bahawa skim ini amat membantu para usahawan di luar sana. Terima kasih pada pihak AIQQU GLOBAL kerana telah menggunakan khidmat kami untuk membuat dokumen Rancangan Perniagaan mereka.
Bagi usahawan yang mempunyai perniagaan berskala kecil dan sederhana, maka skim ini amat bersesuaian bagi anda. Antara perniagaan yang mudah untuk pinjaman bagi skim ini adalah seperti perniagaan di bawah:
- Peruncitan
- Perkhidmatan
- Pembuatan
- Pertanian & Perusahaan Asas Tani
- Perniagaan Online
- Kontraktor kecil
Pengalaman Berurusan Dengan TEKUN Nasional
Sepanjang pengalaman kami, berurusan dengan pihak TEKUN Nasional amatlah mudah. Ini kerana kami juga pernah membuat pinjaman perniagaan dengan pihak TEKUN Nasional. Pegawai mereka sentiasa bertindak proaktif dalam membantu usahawan. Satu lagi pujian tentang pihak TEKUN Nasional adalah mereka sering mengadakan kursus buat usahawan. Kursus yang ditawarkan pula adalah secara percuma dan pengisian kursus amat relevan dengan kehendak pasaran.
Mengapa Skim Pembiayaan TEKUN Niaga Bagus?
Skim ini menawarkan pinjaman perniagaan daripada RM 1000.00 sehingga RM 100,000.00. Jumlah ini dilihat bersesuaian dengan keperluan perniagaan kecil dan sederhana. Jumlah yang relevan ini membuatkan kejayaan pembayaran balik adalah tinggi. Usahawan yang bijak tidak perlu berhutang lebih daripada kemampuannya.
Skim ini juga menawarkan kadar faedah bayaran balik pinjaman yang rendah. Ini adalah amat penting bagi sesebuah syarikat yang baru bermula bertapak. Kadar faedah yang tinggi hanya membebankan pihak peminjam. Selain itu apa yang bagus dengan skim ini adalah mempunyai tabungan bagi setiap pinjaman yang dbuat. Ini mengajar usahawan TEKUN untuk belajar membuat simpanan. Tabungan ini kelak akan menjadi hak usahawan tersebut. Satu usaha yang perlu diberi pujian kepada pihak TEKUN Nasional!