Skim Pembiayaan Perniagaan Mudah Jaya (SPiM)

Skim Pembiayaan Perniagaan Mudah Jaya (SPiM)

Skim Pembiayaan Perniagaan Mudah Jaya (SPiM) merupakan salah satu alternatif pinjaman yang disediakan khas untuk Bumiputra. AH MAPPING SDN BHD merupakan salah satu syarikat yang menjadi pelopor untuk servis pemetaan. Ini melibatkan servis pemetaan utiliti bawah tanah, kerja kerja pengukuran tanah dan pemetaan drone (AUV). Syarikat yang diterajui oleh 2 anak muda yang mempunyai kelayakan dalam bidang Sains Geomatik Dan Ukur. Mereka ini telah meletakkan syarikat sebagai pemain utama industri di mana telah banyak memonopoli kerja kerja pemetaan bawah tanah di Malaysia. Syarikat ini telah berjaya menyiapkan puluhan projek daripada sektor kerajaan mahupun swasta dengan jayanya.

AH MAPPING SDN BHD berusaha gigih bagi sentiasa mendapatkan projek secara konsisten. Syarikat ini telah menggunakan khidmat pihak MIQDAD EMPIRE untuk menyiapkan Kertas Kerja untuk satu permohonan skim pembiayaan . AH MAPPING SDN BHD merupakan syarikat yang sangat berkredibiliti dan mempunyai potensi yang besar di dalam dunia perniagaan. Kami di MIQDAD EMPIRE berbesar hati kerana syarikat ini telah berpuas hati dengan hasil kertas kerja. Pihak kami mendoakan syarikat AH MAPPING SDN BHD terus mara dalam arena perniagaan ini.

Apa itu Skim Pembiayaan Perniagaan Mudah Jaya (SPiM)?

Skim ini anjuran Majlis Amanah Rakyat (MARA). Ini merupakan kemudahan pembiayaan perniagaan kepada usahawan Bumiputera dalam sektor utama iaitu contohnya Perkhidmatan dan Pembuatan kecuali Pertanian dan Penternakan.

Skop pembiayaan adalah bertujuan untuk membantu para usahawan pada umumnya mendapatkan modal pusingan, pembelian mesin mahupun kos untuk mengubahsuaian premis perniagaan. Had pembiayaan bagi perniagaan jenis milikan tunggal/perkongsian adalah sejumlah RM 250,000.00 manakala bagi syarikat Sendirian Berhad sebanyak RM 500,000.00 untuk tempoh pembiayaan selama 1-10 tahun dengan kadar keuntungan 4%. Berikut merupakan syarat syarat asas untuk memohon pembiayaan ini :-

  • Warganegara dan Bumiputera
  • Berumur 18-60 tahun
  • Berpengalaman / berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi
  • Daftar Perniagaan yang sah (SSM)
  • Mempunyai premis perniagaan
  • Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  • Menjalankan perniagaan sepenuh masa
  • Beroperasi tidak kurang dari enam (6) bulan
  • Perniagaan patuh Syariah
  • Bebas dari senarai hitam MARA
  • Lulus ujian psikometrik (markah 55% ke atas)
  • Sumbangan modal sendiri tidak kurang 10% daripada kos projek