Rancangan Kewangan Perniagaan

Rancangan Kewangan Perniagaan

Merupakan salah satu sub-topik yang amat penting di dalam mana-mana dokumen Rancangan Perniagaan. Adalah menjadi sesuatu yang canggung sekiranya Rancangan Perniagaan tidak mempunyai maklumat yang jelas sekurang-kurangnya perancangan kewangan bagi 5 tahun mendatang. Gagal merancang (atau membayangkan) aliran tunai syarikat akan meyebabkan petanda buruk untuk syarikat.

Mengapa Rancangan Kewangan Perniagaan Itu Penting?

Yang pertama adalah maklumat kewangan yang jelas akan memberi keyakinan kepada pihak pelabur atau pemberi pinjaman. Sekurang-kurangnya mereka ini sudah tentu ingin mengetahui bilakah ‘Return of Investment (ROI)’ terhadap wang yang akan dilaburkan pada syarikat.

Keduanya adalah keupayaan meramal perjalanan syarikat daripada sudut kewangan bakal memberi seribu rahmat kepada pemilik perniagaan. Ini kerana pemilik perniagaan sudah dapat membayangkan ‘kesihatan’ kewangan syarikat. Contohnya aliran wang keluar yang lebih banyak daripada wang masuk sudah tentu menunjukkan petanda syarikat mengalami kerugian. Bagi jangkamasa yang panjang sudah semestinya sukar bagi syarikat untuk bertahan.

Akhir sekali rancangan berkaitan kewangan yang mantap dan jelas akan membolehkan pemilk perniagaan tersebut merencana strategi syarikat dengan lebih ampuh. Melalui perancangan kewangan, pemilik dapat mengenal pasti di manakah punca masalah kewangan, kos yang boleh dijimatkan, kos mana-mana bahagian yang boleh digunakan serta memantau potensi syarikat.

Apa Perkara Yang Perlu Ada?

Perkara asas yang perlu ada adalah seperti Jangkaan Aliran Tunai dan Jangkaan Untung Rugi. Dua maklumat kewangan ini adalah amat penting bagi setiap perancangan kewangan yang dilakukan. Perlu diingat perancangan kewangan adalah dilakukan secara jangkaan(forecast) sahaja. Melalui jangkaan kewangan inilah bakal dilakukan penilaian dengan membandingakn dengan akaun semasa atau pun ‘actual results’.

Adakah Susah Untuk Buat Perancangan Kewangan?

Langkah paling mudah adalah anda menggunakan Excel bagi menyiapkan dokumen tersebut. Ilmu asas perdagangan perlu ada seperti pengetahuan tentang kos dan jualan. Perlu ada kemahiran untuk mengenal pasti kos bagi aliran wang masuk dan kos bagi aliran wang keluar. Tidak dinafikan bahawa subtopik ini agak kritikal namun sekiranya anda menghadapi sebarang masalah untuk menyiapkan perancangan kewangan bagi syarikat anda maka hubungilah kami melalui pautan berikut https://miqdadempire.com/hubungi-kami/