Contoh Rancangan Perniagaan Katering

Contoh Rancangan Perniagaan Katering

Rancangan Perniagaan adalah peta bagi sesebuah syarikat. Perniagaan apakah yang sesuai untuk dibuat Rancangan Perniagaan?. Soalan ini sebenarnya sudah banyak kali diutarakan kepada kami. Jawapan daripada kami adalah apa sahaja jenis perniagaan boleh sahaja diterjemahkan kepada dokumentasi. Ini kerana pihak kami akan membuat kajian mengenai perniagaaan terlebih dahulu dan selepas itu barulah proses penulisan akan dijalankan. Terlalu banyak Rancangan Perniagaan bagi pelbagai jenis perniagaan telah kami siapkan namun kali ini kita akan berbicara soal contoh Rancangan Perniagaan Katering.

Mengapa Rancangan Perniagaan Penting Untuk Bisnes Katering?

Perniagaaan katering biasanya cepat berkembang. Malah rata-rata usahawan perniagaan katering sebenarnya tidak menang tangan memenuhi permintaan para pelanggan. Ini adalah kerana kaedah pemasaran secara “words of mouth” sering terpakai pada perniagaan ini. Masakan yang sedap serta servis yang memuaskan bakal membawa peratus jualan yang tinggi bagi mana-mana perniagaan katering. Sekiranya pemilik perniagaan katering sentiasa menjaga kualiti masakan dan servis perkhidmatan tiada sebab untuk perniagaan ini untuk mengalami kegagalan.

Berdasarkan senario di atas, semestinya perniagaan mengalami kadar pertumbuhan yang cepat. Bagi membawa perniagaan katering keluar daripada zon selesa dan membawa kepada tahap potensi yang sepatutnya sudah tentu suntikan modal amat diperlukan. Suntikan perniagaan bagi perniagaan katering boleh diperoleh melalui cara pinjaman ataupun geran (lihat contoh suntikan dana geran). Bagi kedua kemudahan kewangan ini sudah tentu memerlukan dokumentasi Rancangan Perniagaan. Melalui Rancangan Perniagaan pihak pemberi dana dapat mengetahui kekuatan syarikat katering tersebut dan dapat memberikan suntikan modal bagi melonjak potensi syarikat.

Selain daripada mendapatkan modal, Rancangan Perniagaan juga berperanan sebagai panduan asas dalam menjalani perniagaan. Usahawan bakal melihat perjalanan perniagaan sekurang-kurangnya bagi tempoh 5 tahun. Statistik telah menunjukkan bahawa dalam tempoh 5 tahun pertama 70% perniagaan tidak mampu untuk bertahan dan membuat keuntungan yang sewajarnya. Tindakan berlengah tanpa membuat erancangan yang teratur sebenarnya hanya menunggu masa untuk sesebuah perniagaan mengalami kejatuhan. Pepatah ada menyatakan “Gagal Untuk Merancang Adalah Merancang Untuk Gagal!”.

Berikut adalah contoh Rancangan Perniagaan Katering yang pernah pihak kami siapkan: