Ramai koperasi mempunyai aktiviti yang baik, ahli yang aktif dan potensi pembangunan yang besar. Namun, apabila berdepan peluang kerjasama, permohonan pembiayaan, geran atau perbincangan dengan pihak luar, satu perkara yang sering menjadi kelemahan ialah ketiadaan Profil Koperasi yang profesional dan tersusun.
Profil koperasi bukan sekadar dokumen pengenalan. Ia merupakan gambaran rasmi yang menunjukkan identiti, struktur organisasi, visi, misi, aktiviti, pencapaian serta hala tuju koperasi kepada pihak berkepentingan.
Sebuah profil koperasi yang baik mampu meningkatkan keyakinan agensi kerajaan, institusi kewangan, rakan strategik dan pelabur terhadap keupayaan koperasi. Ia juga memudahkan proses pembentangan projek, permohonan pembiayaan dan penyertaan dalam program pembangunan yang memerlukan maklumat organisasi yang lengkap.
Antara kandungan penting yang lazim dimasukkan dalam profil koperasi ialah:
- Latar belakang dan sejarah penubuhan koperasi
- Visi, misi dan objektif
- Struktur organisasi
- Aktiviti dan perkhidmatan yang ditawarkan
- Rekod pencapaian dan projek yang telah dilaksanakan
- Maklumat kewangan dan keahlian
- Pelan pembangunan masa hadapan
Di MIQDAD EMPIRE, kami membantu koperasi menyediakan profil yang bukan sahaja kemas dan profesional, malah mampu menonjolkan kekuatan organisasi dengan lebih meyakinkan.
Profil yang baik bukan sekadar memperkenalkan koperasi. Ia membuka lebih banyak peluang untuk berkembang.