Industri pelancongan kian pulih kini di negara kita. Ini merupakan berita dan petanda gembira kepada pengusaha perkhidmatan berkaitan industri pelancongan. Kami mengucapkan ribuan terima kasih pada pihak DLASSH TRAVEL & TOURS SDN BHD yang membuat Profil Syarikat dengan kami. Ini adalah masa para pengusaha menggandakan inisiatif bagi memulihkan aliran kewangan syarikat yang terjejas dek bahana Covid-19 tempoh hari. Umum mengetahui bahawa industri pelancongan antara yang terjejas teruk. Banyak syarikat terpaksa gulung tikar kerana industri ini amat suram pada dua tahun yang lepas.
Pada tahun ini(2022),Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) menjangkakan pembukaan semula sempadan dan peralihan ke fasa endemik bermula 1 April ini akan membolehkan industri pelancongan pulih sepenuhnya menjelang penghujung 2023 atau awal 2024. Kesahihan ini boleh dirujuk pada pautan berikut BERITA HARIAN. Industri pelancongan kian pulih di negara kita juga adalah disebabkan pemberian vaksin hampir secara menyeluruh dalam negara kita. Ini akan memberri tanggapan kepada para pelancong bahawa negara ini selamat. Pertubuhan Pelancongan Dunia (UNWTO), telah menyatakan bahawa pemulihan industri pelancongan akan mengambil masa, namun Malaysia adalah antara negara yang mempunyai kadar vaksinasi tinggi di dunia. Ini merupakan tindakan terpuji kepada pihak kerajaan Malaysia kerana mengambil tindakan yang proaktif.
Industri pelancongan juga disemarakkan dengan pelancong daripada dalam negara. Pelancong merujuk kepada aktiviti melawat, melancong atau mengembara ke sesuatu tempat lain yang melebihi lima puluh batu dari tempat kediaman dan tidak lebih dari satu tahun untuk tujuan rekreasi atau mengisi masa yang terluang.
Kami di MIQDAD EMPIRE sentiasa mendoaka syarikat seperti DLASSH TRAVEL & TOURS SDN BHD terus dapat bertahan dan maju jaya. Industri pelancongan memberi nilai pelaburan yang tinggi kepada Malaysia. Kita sebagai rakyat Malaysia perlu sentiasa bersama-sama menjaga industri ini. Kejayaan industri pelancongan memberi banyak manfaat kepada perkembangan Malaysia dan kesejahteraan rakyatnya.