Penganjuran Kursus Keusahawanan SKM

Penganjuran Kursus Keusahawanan SKM

Alhamdulillah baru-baru ini kami telah diberi peluang dalam Penganjuran Kursus Keusahawanan SKM. Kursus ini adalah untuk para pelajar Akademi Perikanan Malaysia, Chendering. Para pelajar di sini mengambil kursus Sijil Kemahrian Malaysia (SKM). Pihak akademi berpendapat bahawa bidang keusahawanan merupakan satu bidang penting untuk diterokai oleh para pelajarnya. Termasuk kursus ini, pihak MIQDAD EMPIRE telah menganjurkan hampir 7 buah kursus secara maya & bersemuka. Syarikat MIQDAD EMPIRE beriltizam untuk terus menawarkan kursus yang berkualiti kepada masyarakat.

Sijil Kemahiran Malaysia adalah satu program yang amat baik yag telah disediakan oleh pihak kerajaan. Bukan sahaja peluang menimba ilmu kemahiran sahaja ditawarkan malahan turut diberi elaun kepada para pelajarnya. Secara amnya, terdapat lima tahap persijilan di bawah program ini. Ianya adalah Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap 1 – 3), Diploma Kemahiran Malaysia (Tahap 4) dan akhir sekali  Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) (Tahap 5). Penganjuran Kursus Keusahawanan SKM yang dijalankan pula adalah sebagai memberi nilai tambah kepada para pelajar.

Bidang keusahawan adalah salah satu bidang yang perlu dipelajari oleh sesiapa sahaja. Usahawan adalah orang yang berusaha dan terus berusaha. Bukankah sifat ini merupakan nilai positif yang perlu ada pada setiap orang? Kursus ini memberi pendedahan tentang pemikiran seorang usahawan yang berjaya. Sambutan yang diterima adalah amat menggalakkan. Pihak syarikat mendoakan semoga para pelajar ini berjaya menjadi usahawan yang terbilang kelak! Aaminn…..