Permohonan pinjaman perniagaan PUNB adalah salah satu lagi alternatif suntikan dana bagi para usahawan. FAIQAH FOOD INDUSTRIES salah satu syarikat yang mengunakan khidmat kami bagi penyediaan Rancangan Perniagaan untuk tujuan tersebut.
PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD (PUNB) diwujudkan untuk meningkatkan penyertaan dan penglibatan Bumiputera dalam bidang keusahawanan. Ia juga berperanan untuk melahirkan sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) yang dinamik, berdaya tahan, progresif dan berjaya.
PUNB ditubuhkan pada 17 Julai 1991 di bawah Akta Syarikat 1965 dan merupakan milik penuh Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB). PUNB beroperasi sebagai sebuah syarikat patuh syariah sepenuhnya pada 2010. Sejak 2019, PUNB disenaraikan sebagai syarikat di bawah Jabatan Perdana Menteri.
PUNB komited untuk menjadi peneraju pembangunan keusahawanan Bumiputera PKS dan usahawan Bumiputera. Pengkhususan dana PUNB adalah di dalam dalam sektor peruncitan, perdagangan dan pengedaran di Malaysia dan antarabangsa. Model perniagaan PUNB tidak hanya tertumpu kepada penawaran pakej keusahawanan bersepadu malahan merangkumi pembiayaan perniagaan dan sokongan perniagaan. Pakej ini membantu usahawan Bumiputera memantapkan perniagaan mereka, pengekalan keuntungan perniagaan dan membentuk perniagaan ke arah kecemerlangan.
Objektif Permohonan Pinjaman Perniagaan PUNB
Antara objektif adalah seperti berikut:
- Menambah jumlah dan meningkat kualiti usahawan Bumiputera dalam sektor industri dan komersil.
- Menggalakkan pembentukan usahawan Bumiputera yang berdaya tahan di dalam industri strategik.
- Menyalurkan budaya keusahawanan di kalangan usahawan Bumiputera dan melengkapkan mereka dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman.
Syarikat seperti FAIQAH FOOD INDUSTRIES memang mudah untuk dapatkan dana daripada pihak PUNB kerana syarikat ini mempunyai model perniagaan yang amat berdaya maju. Antara faktor kejayaan syarikat ini adalah perniagaan mereka yang mesra pelanggan dan mudah berkembang (scalable). Usahawan di luar sana tidak perlu risau tentang dana perniagaan kerana pihak kerajaan telah menyediakan pebagai agensi untuk membantu anda. Paling penting adalah memohon dana apabila perniagaan anda memerlukan. Tidak memohon bermakna tiada peluang pinjaman yang akan diberikan. Tidak semua pinjaman itu memburukkan keadaaan. Asalkan usahawan bijak mengurus risiko dan tahu di mana duit itu harus dibelanjakan sudah tentu akan memberi kebaikan kepada perniagaan anda.