Tahniah buat syarikat ADAM AINA ENTERPRISE kerana telah berjaya mendapatkan pinjaman dengan mengikut Tips Lulus Pinjaman Perniagaan yang dikongsikan oleh kami. Syarikat ini telah menggunakan khidmat MIQDAD EMPIRE bagi menyiapkan Rancangan Perniagaan mereka. Syarikat ini merupakan mengeluarkan produk keperluan wanita bagi kesihatan dalaman dan luaran (terutamanya wanita selepas bersalin). Ramai sebenarnya usahawan yang telah kami bantu bagi mendapatkan suntikan modal sama ada secara pinjaman mahupun pemberian geran yang secara percuma. Baik di sini kami kongsikan tips bagaimana untuk mendapat potensi kelulusan pinjaman/geran dengan lebih menyakinkan.
4 Tips Asas Lulus Pinjaman Perniagaan
- Pengurusan Sistematik
Sistematik yang dimaksudkan adalah daripada segi akaun. Akaun penyata bank terutamanya perlu lengkap tersedia dan tersusun. Apa-apa sahaja dokumentasi syarikat perlu dibuat secara kemas dan jelas. Ini akan memberi pandangan bahawa syarikat anda serius dan fokus dalam menjalankan perniagaan.
- Status SSM
Pastikan sebelum membuat permohonan, semak dahulu tarikh tamat tempoh SSM syarikat anda. Adalah lebih baik jika syarikat anda membayar lagi lanjutan tempoh lesen kewangan sebelum membuat apa-apa permohonan. Ini akan memberi signal bahawa syarikat ini bersedia untuk membuat komitmen pada tempoh masa yang panjang. Tempoh bayaran pinjaman yang diberikan adalah sekurang-kurangnya 5 tahun justeru syarikat yang memohon dengan memberikan salinan sijil yang bakal tamat tempoh dalam masa yang terdekat memberikan persepsi yang kurang elok.
- Perniagaan Aktif
Aktif yang dimaksudkan adalah perniagaan yang beroperasi. Jika boleh dalam dokumen Rancangan Perniagaan disertakan juga gambar-gambar operasi syarikat sebagai lampiran. Ini akan memberitahu pada pihak panel penilai bahawa syarikat anda adalah sentiasa menjalankan aktiviti. Perniagaan yang pasif adalah amat mustahil untuk menerima apa-apa geran waima pinjaman perniagaan.
- Mempunyai Rekod Pelaburan Syarikat
Syarikat juga boleh melampirkan sebarang rekod pelaburan syarikat seperti Simpanan Tetap (Fixed Deposit) atau sebarang pembelian emas/perak bagi syarikat. Melalui rekod pelaburan seperti ini menunjukkan syarikat anda bijak dalam menguruskan kewangan. Perkara ini sebenarnya tidak diminta oleh pihak pemberi dana, namun mengikut pengalaman kami sekiranya dilampirkan akan memberi nilai tambah kepada markah kelulusan permohonan syarikat anda.