NM COSMEX VENTURES telah beberapa kali membuat dokumentasi syarikat mereka dengan MIQDAD EMPIRE dan kali ini mereka telah menempa profil syarikat bagi perniagaan kosmetik. Terima kasih diucapkan pada pemilik syarikat iaitu Puan Nurain Bt Munir. Perniagaan kosmetik merupakan perniagaan yang mempunyai daya maju yang amat besar kerana faktor seperti berikut:
- Bisnes bidang kecantikan sentiasa mempunyai permintaan
- Kajian menunjukkan bahawa wanita rela menggunakan budget mereka demi kecantikan
Perniagaan kecantikan juga dikatakan sebagai perniagaan yang kalis krisis. Ini berdasarkan statistik pertumbuhan perniagaan yang diambil pada sudut sejarah. Lipatan sejarah telah menujukkan bahawa industri ini tetap berkembang maju walupun ketika berlakunya Perang Dunia Kedua dahulu. Para pengkaji perniagaan berpendapat bahawa kelebihan perniagaan kosmetik adalah kestabilan permintaan para pelanggan bagi produk-produk kecantikan yang tidak menyusut.
Antara kelebihan lain bagi perniagaan bidang kecantikan seperti kosmetik ini adalah boleh bermula dengan kos modal yang berskala kecil. Sekarang di Malaysia terdapat pelbagai kilang OEM yang boleh membuat produk kosmetik dengan jenama sendiri. Namun sebagai usahawan yang bertanggunjawab, seharusnya memastikan produk kosmetik itu menggunakan bahan yang halal. Selain halal adalah tentang keselamatan penggunaan produk itu sendiri. Usahawan yang bijak dan bertanggunjawab sudah tentu akan memastikan keselamatan produk yang dikeluarkannya demi memastikan survival syarikatnya agar dapat bertahan lama dalam pasaran.
Profil syarikat menjadi penting bagi mana-mana perniagaan kosmetik kerana dokumentasi ini boleh memberi persepsi yang baik kepada para potensi pelanggan dan pelabur. Produk kosmetik selalunya dipakai pada tubuh yan sensitif seperti wajah. Sudah tentu para pengguna dan pelaburnya harus mengetahui serba sedikit tentang syarikat yang mengeluarkan produk tersebut. Ini semua dapat diselesaikan dengan mempunyai sebuah dokumentasi profil yang lengkap dan menarik.