Kertas Kerja Eko Pelancongan

Kertas Kerja Eko Pelancongan

Kertas Kerja Eko Pelancongan adalah salah satu dokumentasi yang kerap ditempah oleh pihak pelanggan kami. Ini kerana bidang ini sentiasa mempunyai potensi yang cukup baik. ATV SELAMA VENTURE merupakan satu syarikat yang membuka operasi menyediakan perkhidmatan dalam bidang eko pelancongan. Bermula dengan hanya 2 buah ATV, kini syarikat telah memiliki 7 buah ATV. Bisnes ini berkembang dengan baik.

Tercetusnya perniagaan ini adalah hasil daripada minat yang mendalam pemilik terhadap industri eko pelancongan.  Selain itu, tidak ramai orang Melayu yang menceburi bidang ini dan bidang ini sebenarnya membuka mata pengunjung dengan kepelbagaian alam flora dan fauna di sekitar kita. Pengunjung boleh memandu ATV sambil merasai suasana kampung dan melihat pemandangan yang indah. Sudah semestinya amat memukau pandangan. Tren perniagaan kreatif seperti ini adalah amat relevan di zaman pasca Covid. Orang ramai ingin meneroka alam setelah lebih 2 tahun terkongkong di dalam perintah berkurung.

Kepentingan Kertas Kerja Eko Pelancongan

Selaras dengan visi dan misi Kementerian Pelancongan di bawah agenda Dasar Pelancongan Negara 2020-2030 dengan memberikan tumpuan kepada pembangunan sektor pelancongan secara mampan dan inklusif. Kepentingan projek sebegini adalah bagi tujuan pemulihan industri pelancongan secara efektif berteraskan norma baharu dan ketersediaan mendepani sebarang situasi ketidaktentuan pada masa akan datang.

Mengapakah eko pelancongan penting?

  • Eko pelancongan memberi tumpuan kepada persekitaran semula jadi yang murni
  • Membina kesedaran budaya dan alam sekitar
  • Menggalakkan pengalaman positif untuk pelawat serta hos
  • Meminimumkan kesan jika pelancongan terhadap alam sekitar
  • Meningkatkan peluang pekerjaan dan kewangan untuk penduduk tempatan
  • Menggalakkan pemuliharaan dengan memberikan faedah kewangan yang memihak kepadanya.

Pengenalan kepada produk-produk pelancongan baharu seperti pembukaan ATV Park akan dapat merancakkan semula industri eko pelancongan. Projek seperti ini berupaya membuka potensi kepada para pelancong untuk menikmati atau merasai suasana eko pelancongan baharu yang diperkenalkan.

Kertas Kerja Eko Pelancongan yang pihak MIQDAD EMPIRE lakukan telah banyak membantu syarikat tersebut untuk memajukan potensi perniagaan mereka yang sedia ada. Banyak perniagaan yang bagus dan berpotensi mempunyai peluang bagi bantuan pinjaman mahupun geran. Apa yang penting adalah mempunyai kertas kerja untuk dinilai oleh pihak yang berkenaan. Sekiranya perniagaan anda mempunyai potensi dengan izin Allah tidak perlu risau akan kejayaan permohonan tersebut. Intihanya, seseorang usahawan yang bertanggungjawab haruslah sentiasa berusaha memajukan perniagaanya tanpa menjadikan alasan kekangan kewangan sebagai penghalang kemajuan.