Cabaran Perniagaan Restoran

Cabaran Perniagaan Restoran

Apabila disebut tentang cabaran perniagaan restoran sudah tentu ramai yang akan membayangkan kesukaran yang dihadapi. Cabaran menguruskan sebuah restoran digalas dengan baik oleh Tuan Mohd Arbi b Abd Ghaffar. Beliau telah mula menguruskan perniagaan restoran Restaurant Itik Salai by #chefsudu bermula November 2018. Usahawan ini turut meminta pihak kami untuk menyiapkan Rancangan Perniagaan mereka. Alhamdulillah Rancangan Perniagaan ini berjaya membantu restoran ini mengembangkan lagi potensinya.

8 Cabaran Utama Perniagaan Restoran

  • Bekalan dan harga bahan mentah yang tidak menentu

Pengurusan pembekal adalah amat penting. Kegagalan untuk berbuat demikian hanya mengundang bencana. Seeloknya bagi satu bahan mentah perlu ada lebih daripada satu pembekal.

  • Sukar mencari pekerja yang kekal lama

Ini merupakan maslaah tipikal pengusaha restoran. Kos dan masa terpaksa dikorbankan bagi melatih pekerja baru. Perlu ada ganjaran/bonus yang menarik bagi mengekalkan pekerja.

  • Stok/Inventori yang membazir

Bagi bahan mentah yang mudah rosak akan mudah untuk dibazirkan. Bahan yang dipesan perlu diguna segera bagi mengekalkan kesegaran masakan. Setiap pembaziran yang dibuat adalah kos yang merugikan pada syarikat.

  • Kegagalan membaca permintaan pasaran

Ada masanya pelanggan akan datang ramai ke restoran. Bagi pengurusan yang lemah, pada waktu ini restoran tidak mampu memenuhi permintaan pelanggan. Banyak menu yang tidak dapat disediakan. Ini mungkin kerana ketiadaan stok bahan mentah atau kekurangan pekerja.

  • Kecurian stok

Ini terjadi akibat pekerja yang tidak jujur. Adakala juga melibatkan pembekal dan penghantar stok yang tidak amanah. Kecurian yang berlalu dalam tempoh yang panjang akan merugikan perniagaan.

  • Kegagalan menguruskan standard bagi cawangan-cawangan yang ada

Banyak restoran dengan nama yang sama, tetapi mempunyai rasa yang berlainan pada setiap menu yang ditawarkan. Sepatutnya rasa dan standard adalah sama pada setiap cawangan. Pengurusan pekerja juga perlu seragam. Pengurusan yag seragam akan lebih memudahan pengurusan restoran.

  • Tidak berupaya membuat pengiraan keuntungan yang tepat bagi setiap hidangan yang dijual

Apabila gagal mengira dengan tepat maka adakala jualan yang dibuat hanya membuang masa dan tidak berbaloi. Kos bukan hanya perlu dikira daripada segi bahan mentah sahaja malahan juga berkenaan kos tidak langsung seperti sewa premis dan sebagainya.

  • Pengurusan pelanggan

Zaman ini adalah zaman viral. Mana-mana ketidakpuasan pelanggan akan mudah dikongsi di media sosial. Betul atau salah, komen pelanggan telah pun dibuat. Ini merupakan cabaran baru masa kini yang perlu ditanggani oleh pihak pengusaha restoran.