Potensi perniagaan makanan Timur Tengah adalah sesuatu bisnes yang memberangsangkan di negara kita. Makanan Arab di Malaysia adalah hasil daripada perpaduan budaya dan pengaruh Arab yang kuat dalam komuniti Arab-Melayu di negara ini. Makanan Arab telah menjadi sebahagian daripada landskap makanan Malaysia dan banyak restoran dan gerai makanan Arab boleh ditemui di serata negara. Di Malaysia, makanan Arab sering kali dikaitkan dengan hidangan seperti nasi mandy, nasi briyani, kebab, falafel, dan shawarma. Makanan Arab popular di Malaysia kerana faktor-faktor seperti sejarah perdagangan di mana Malaysia mempunyai sejarah perdagangan yang kukuh dengan negara-negara Arab terutamanya pada zaman perdagangan maritim dan juga melalui hubungan perkahwinan antara pedagang Arab dan orang asli Malaysia.
Malaysia juga mempunyai komuniti Arab yang besar dan aktif di bandar-bandar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang. Masyarakat Arab ini membawa bersama warisan masakan mereka dan membuka restoran Arab asli di Malaysia. Mereka bukan sahaja menyajikan hidangan Arab kepada orang Arab tempatan, tetapi juga kepada rakyat Malaysia yang berminat mencuba makanan antarabangsa. Selain itu, pelancong dan Pelajar Arab: Malaysia ialah destinasi popular untuk pelancong dan pelajar Arab. Kedatangan mereka turut menyumbang dalam meningkatkan populariti makanan Arab di Malaysia. Pelancong dan pelajar Arab sedang mencari tempat makan yang menyajikan makanan yang mereka tahu dan nikmati di negara asal mereka.
Faktor-faktor ini menjadikan klien kami, ABT FOOD INDUSTRY SDN BHD berkecimpung secara serius di dalam membuka restoran bertemakan makanan Timur Tengah. Bermula pada tahun 2016 dengan menjalankan perniagaan import madu untuk pelanggan asing seperti Brunei dan Singapura sehinggalah pada tahun 2020, ABT FOOD INDUSTRY SDN BHD mengambil peluang untuk mengembangkan lagi cabang perniagaan dalam bidang jualan makanan dengan menjual nasi fusion Arab berkonsepkan penghantaran dari pintu ke pintu yang dikenali sebagai “Abu Taha Delivery”. Atas penerimaan dan permintaan yang tinggi, syarikat telah membuka restoran berkonsepkan makanan Arab iaitu restoran “Dhubai by Abu Taha” yang terletak di Hutan Kampung, Alor Setar. Pada tahun 2020, ketika negara menghadapi pandemik Covid-19, syarikat berjaya mendapat jualan dan sambutan yang tinggi walaupun Abu Taha Delivery hanya ditubuhkan pada 2020 dan akhirnya dapat mengembangkan sayapnya untuk membuka restoran pada Ogos 2022. Klien kami kini berkembang dengan lebih maju dengan bantuan MIQDAD EMPIRE dalam menguruskan dokumentasi profil syarikat mereka. Semoga perniagaan ABT FOOD INDUSTRY SDN BHD makin bertambah rancak dan gilang gemilang.