Pasti ramai usahawan yang berminat untuk memohon Lesen Agensi Persendirian bagi menjalankan perniagaan perkhidmatan kawalan keselamatan atau penyiasat persendirian. Selain berpotensi untuk berkembang maju, perniagaan ini boleh membantu Pihak Berkuasa untuk menjaga keselamatan orang ramai dan mencegah jenayah.
Di dalam dunia perniagaan, pengawal keselamatan berperanan penting dalam menjaga keselamatan harta benda dan maklumat syarikat. Mereka juga memastikan bahawa orang awam dan pelawat tidak menjejaskan operasi syarikat. Kepentingan khidmat pengawal keselamatan kini adalah sangat tinggi kerana mereka membantu menjaga keselamatan dan keamanan masyarakat, harta benda, mengawal keselamatan acara-acara besar, serta menyediakan persekitaran yang selamat di dalam sekolah dan pelbagai institusi.
Kaedah Permohonan Lesen Agensi Persendirian
Berikut merupakan 5 prosedur asas untuk memohon permohonan lesen tersebut :-
a. Mendaftar syarikat anda di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan memperoleh Sijil Pendaftaran Syarikat.
b. Mendapatkan keputusan Pemeriksaan Keselamatan Polis (PKP) untuk semua pegawai yang akan dilantik oleh agensi anda.
c. Mendapatkan kebenaran dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan mengemukakan permohonan bersama dengan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti salinan Sijil Pendaftaran Syarikat, Sijil PKP, kad pengenalan pengarah syarikat dan pegawai. Syarikat juga dikehendaki untuk mengemukakan Kertas Kerja Perancangan Perniagaan serta lain-lain dokumen yang berkaitan.
d. Mengemukakan permohonan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Borang A dan Borang B yang boleh didapati di laman web KDN. Anda perlu melengkapkan maklumat syarikat, pemilik syarikat, pegawai, kemahiran dan pengalaman mereka, peralatan dan teknologi yang digunakan oleh agensi anda.
e. Melengkapkan pembayaran yuran permohonan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Setelah permohonan anda diproses dan diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN), anda akan menerima Lesen Agensi Persendirian untuk menjalankan perniagaan perkhidmatan kawalan keselamatan atau penyiasat persendirian. Terima kasih diucapkan kepada syarikat TWENTY FOUR SEVEN SECURITY SDN BHD yang menggunakan khidmat MIQDAD EMPIRE untuk menyiapkan Kertas Kerja bagi memenuhi syarat yang ditetapkan Kementerian Dalam Negeri (KDN). Kami pasti syarikat TWENTY FOUR SEVEN SECURITY SDN BHD mampu melatih dan melahirkan petugas petugas yang amanah, cekap dan kompeten ke arah kemajuan dan kesejahteraan bersama.