Program Agropreneur Muda

Program Agropreneur Muda

Program Agropreneur Muda ini telah mula semenjak ianya diperkenalkan pada Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11). Golongan Muda yang berumur di antara 18 ke 40 tahun telah mendapatkan pelbagai manfaat daripada Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan. Tujuan yang paling utama bagi program ini adalah bagi memastikan generasi baru terus wujud di dalam industri Agromakanan. Umum mengetahui makanan merupakan sumber penting kepada sesebuah negara. Tanpa generasi baharu yang meneruskan usaha dalam bidang ini maka sesebuah negara bakal mengalami masa depan yang kelam. Kebergantungan kepada pasaran import semata-mata hanya akan melemahkan negara.

Syarikat BO HELANG AGRO telah meminta pihak kami untuk menyiapkan Rancangan Perniagaan bagi tujuan Program Agropreneur Muda. Syarikat ini telah mula beroperasi pada 2018. BO HELANG AGRO menjalankan perniagaan penanaman bendi. Ini memenuhi kriteria program yang mana merangkumi bidang ternakan, perikanan serta tanaman. Program ini juga melibatkan industri makanan asas tani yang melibatkan agropelancongan, pemasaran, khidmat sokongan serta input pertanian.

Objektif Program Agropreneur Muda

  • Memastikan golongan belia melibatkan diri dengan Agromakanan
  • Menjadikan Agromakanan sebagai sebuah industri yang berdaya saing
  • Meningkatkan pendapatan, peluang serta potensi para belia yang terlibat
  • Memastikan program ini selaras dengan Dasar Agromakanan Negara (2011-2020)

Agensi yang Terlibat

  • Jabatan Pertanian
  • Jabatan Perikanan Malaysia
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)
  • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)
  • Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
  • Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA)
  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)

Apakah Jenis Bantuan yang Ditawarkan?

  • Geran Agropreneur Muda (GAM)

Diberi dalam bentuk barangan yang mana nilai maksima penawaran geran adalah sebanyak RM 20,000.00.

  • Pakej Pembiayaan

Jumlah pembiayaan bermula daripada RM 50,000.00 sehingga RM 200,000.00. Kadar pinjaman yang rendah iaitu hanya 2% setahun.

  • Khidmat Nasihat Teknikal dan Latihan

Inisiatif ini akan diberi secara intensif oleh jabatan/agensi/syarikat yang telah dilantik oleh MOA.